Monday, 20 February 2017

HUKUM DAN HUKUMAN ISTERI CURANG


Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:
"Aku pernah bertanya kepada
Baginda: "Siapakah orang yang
paling berhak ke atas isteri?"
Baginda menjawab:”Orang yang
paling berhak kepada isteri ialah
suaminya”. Kemudian aku
bertanya lagi :”Dan siapakah orang
yang paling berhak ke atas
suami?” Baginda menjawab:”
Orang yang paling berhak ke atas
seorang suami ialah ibu
kandungnya.” (Riwayat Bazar dan
al-Hakim)
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah
aku melihatnya seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang
dahsyat di dalamnya. Telah aku
saksikan kebanyakan ahli neraka
ialah wanita. Rasullullah S.A.W
ditanya: “Mengapa demikian ya
Rasulullah?” Baginda menjawab:
“Wanita mengkufurkan suaminya
dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau
engkau berbuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia masih
belum merasa berpuas hati dan
merasa cukup.” (Riwayat al-
Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah
terdiri daripada kaum wanita.”
Maka menangislah mereka dan
bertanya salah seorang daripada
mereka: “Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka
berzina atau membunuh anak atau
kafir ?” Baginda menjawab :
“Tidak, mereka ini ialah mereka
yang menggunakan lidah menyakiti
hati suami dan tidak bersyukur akan
nikmat yang disediakan oleh
suaminya.” (Riwayat Muslim)
Berikut saya sertakan beberapa
hadis berkenaan isteri berlaku
biadab dan suka menyakiti hati
suami. Semoga hadis-hadis ini dapat
menjadi panduan buat Suami Curiga.
Isteri yang suka menyakiti hati
suami akan menerima balasan buruk
Sabda Rasulullah S.A.W: ” Seorang
wanita menyakiti suaminya, maka
isterinya yang bidadari itu berkata:
Janganlah kamu menyakitinya
semoga Allah mengutukmu, kerana
dia (suami) itu disampingmu
hanyalah sebagai orang asing yang
akan berpisah denganmu menuju
kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam: “Tidak boleh seorang
isteri mengerjakan puasa sunat, jika
suaminya ada dirumah, serta tidak
dengan izinnya dan tidak boleh
memasukkan seorang lelaki ke
rumahnya dengan tidak izin
suaminya.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah,
sedangkan suaminya membencinya,
dia dilaknat oleh semua malaikat di
langit, dan semua apa yang
dilaluinya selain daripada jin dan
manusia sehingga dia
kembali.” (Diriwayatkan oleh
Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah S.A.W: “Mana-
mana isteri yang meminta suaminya
menceraikannya dengan tiada sebab
yang dibenarkan oleh syarak, haram
baginya bau syurga.” (Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat
suami
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila
memanggil suami akan isterinya ke
tempat tidur, tetapi ditolaknya
sehingga marahlah suaminya, maka
akan tidurlah wanita itu di dalam
laknat malaikat sehingga ke
pagi.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Kepada Suami Curiga, hendaklah
anda bersegera mengajar isteri anda
tentang hadis-hadis di atas supaya
isteri anda tidak mengulanginya lagi

Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang

1. Masa Bersama Si Dia Terbatas

Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tiba isteri si dia telefon suruh balik.
Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mencuri masanya.
Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa denganisterinya bukan dengan anda.
Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.

2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar

Part ni paling susah dan leceh!
Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama.
Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan.
Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia curang.
Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung.
Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah!
Huhu.

3. Sering Memberi Arahan

Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya.
Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur.
Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia.
Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.

4. Rasa Tak Selamat

Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi.
Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah.
Lagi power kalau dia bawak geng!
Jangan main-main dengan isteri yang di rampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.
Lebih parah, kalau isterinya hantar sihir kat anda, tiap hari boleh muntah darah tau.

5. Makan Hati

Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih.
Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri.
Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia.
Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu?
Cemburunya tentu lebih hebat.

6. Sering Menerima Alasan

Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari.
Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya.
Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya.
Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.

7. Di Pandang Negatif

Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar.
Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriendanda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.
Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.
Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.

8. Rasa Bersalah

Hati anda rasa tak tenteram.
Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah.
Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya?
Anda tersepit dalam situasi yang sukar.
Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.

9. Cenderung Untuk Ditinggalkan

Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga.
Bila bosan si dia akan jumpa anda.
Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya.
Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya.
Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya.
Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.

10. Suami Akan Menipu Isterinya

Biasalah dah nama pun curang, penipuan dah jadi makanan.
Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda.
Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam.
Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya.
Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!

11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga

Bagi para isteri, suami yang curang adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga.
Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bermatian untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja.
Andalah puncanya!
Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang.
Itulah kelemahannya yang terbesar!

12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab

Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak.
Kini masanya diberikan pada anda.
Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna.
Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkansuami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda.
Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.

13. Bahagia Sukar Dikecapi

Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian.
Anda perlu berperang sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak.
Tetapi itu bukan persoalannya.
Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain?
Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwindengan suaminya?

sumber : http://www.saudari.com/

13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!

1. Ada Password Di Telefon Bimbit

It’s that obvious?
Mana taknya sebelum ni tak pernah ada password tiba-tiba ada kata laluan pulak bila anda pegang handset suami.
Dah tentulah anda akan merasa ‘sesuatu’ tambah-tambah lagi bila anda tanya kenapa ada password, suami anda tak boleh nak jawab atau bagi jawapan yang agak merepek.
Haaa Kantoi!!!

2. Marah-Marah Tak Tentu Pasal

“Abang, abang ada kat mana sekarang?”
Huh cukup pantang dia bila ditanya lokasi dia berada.
Mungkin masa anda call atau mesej, suami anda sedang lunch dengan perempuan tu.
Niat anda untuk tanya sama ada balik makan ke tak, alih-alih kena marah.
Bukan sekali tau, banyak kali!

3. Menipu

“Hujung minggu ni saya pergi outstation, Ada projek baru kena setelkan.”
Ehh, minggu-minggu sebelum ni pun outstation jugak.
Anda tak fikir apa-apa pun, tapi bila dah kerap sangat, timbul syak pulak.
So bila anda telefon syarikat suami anda tak ada outstation seperti yang suami anda cakap.
Apa lagi mulalah anda tak senang duduk.
Dah pandai menipu pulak dia sekarang ni!

4. Kemesraan Mula Hilang

Masa mula kahwin dulu.
“Ayang, abang ada belikan makanan kegemaran ayang. Ce teka ce teka…”
Lama-kelamaan.
“Makanan yang awak nak tu saya tak beli. Nanti-nantilah kalau saya rajin.”
Bila dah ada perempuan lain.
“Kau memang takde benda lain nak makan? Semak aku tengok benda sama tiap hari.”
Panggilan mesra dah lekang dari bibirnya.
Dia mula rasakan anda membosankan dan perempuan yang dia keluar lebih bagus dari anda.

5. Tidak Menjawab Panggilan Dan Mesej Anda

Dia sering memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat call anda.
Tertinggal handset kat rumah kawanlah, handset rosaklah sedangkan anda tengok elok je.
Tak dapat mesej dari anda lah.
Masalahnya alasan ini kerap dan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

6. Gelisah Tak Tentu Hala

Suami anda tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia.
Bila anda mengajak pergi ke tempat lain lepas tu lagilah dia menggelupur.
Selain bosan melayan kerenah anda dia juga risau kalau terserempak dengan girlfriend atau orang yang dia kenal.

7. Bawak Telefon Bimbit Ke Mana Pergi

Hatta nak pergi berak pun bawak handset!
OPPSSS maaf agak kurang sopan di situ, HeHeHe.
Yelah takut si isteri godek-godek isi dalam handphone tu.
Selalunya baik dalam drama Melayu atau realitinya, kecurangan suami dapat dikesan melalui telefon bimbitnya semasa suami berada di bilik air.
Takut berlaku dekat diri sendiri, so bawak je la masuk tandas sekali.

8. Selalu Tersasul Atau Terlepas Cakap

Ha, yang ni sangat ketara!
“Baby, abang tak balik hari ni.”
Isteri berkerut.
“Bila masa abang panggil ayang baby ni?”
Suami anda terdiam sekejap.
“Alah ayang ni, sekali sekali takkan tak boleh panggil baby.”
Sambil ketawa tak semenggah.

9. Mencari Kesalahan Anda

Walaupun masalah tu dah lama tapi dia tetap boleh ungkit balik.
Masalah yang kecil diperbesarkan.
Dia mencari alasan untuk tak mahu bersama anda lagi.
Lebih penting dia akan gunakan alasan yang ada jika rahsia curangnya terbongkar kelak.

10. Tidak Melayan Anda

Bila berada di rumah, suami anda malas nak layan kerenah anda.
Bila si isteri nak ajak borak, si suami lebih suka dengan telefon bimbitnya.
FB 24 jam, whatsapp, weechat, Clash of Can, Farmville dan sebutkan saja.
Apa-apalah janji tak mengadap muka anda.

11. Mengubah Penampilan Diri Lebih Menarik

Suami anda pakai wangi-wangian, kameja tuck-in, t-shirt bergosok, rambut sikat tepi (ok ni dah over, HaHaHa).
Sampai anda pun tak berkelip mata tengok suami anda.
Penampilan diri ini lebih kurang sama masa dia nakkan anda dulu.
Padahal zaman tu dah lama dah berlalu.
Kenapa suami aku ni buang tebiat semacam ni?

12. Terlebih Perhatian Dengan Anda

Jangan salah sangka!
Ini adalah taktik dia untuk mengaburkan pandangan anda.
Hari ni dia belikan bunga, esok dia belikan hadiah.
Surprise katanya.
Malam tu pun pun dia bagi surprise kat anda juga.
Prestasinya yang cemerlang ini membuatkan anda hanyaberprasangka baik pada suami anda.
Tapi bila tahu kebenarannya suatu hari…

13. Deria Magik Ke-6 Isteri

Miracle could happen…
Anda percaya dengan keajaiban?
PERCAYALAH!!!
Bila sampai ke bab instinct wanita ni, ramai lelaki yang tewas tak kiralah betapa rapinya rancangan si suami untuk menyembunyikannya.
Bukankah Allah makbulkan doa hamba-NYA yang teraniaya?
Isteri solehah yang dianiaya yang selalu berdoa kepada Allahakan diberi petunjuk.
Untuk kaum suami di luar sana fikir banyak kali untuk curang kerana sekali anda berbuat demikian, kepercayaan yang bersinar macam kaca apabila berderai takkan dapat dicantum menjadi asal.

sumber : http://www.saudari.com